Saturday, October 9, 2010

Now SHE Gone From My Life..!

Mungkin ade hikmah si sebalik perpisahan ini... huh3... xda jiwang2 dh lps ni.... adoi... karam di lautan btol..

Thursday, October 7, 2010

Tanpa Tajuk Lagi...

Mula sem bru.. aq mase tu sem 4.. mase tu aq dtg U awal utk smbut dia... sem ni mase aq byk di habiskan untuk dia.. berchat dgn die... borak2 dgn die.. keluar jln2 dgn die.. perasaan aq pada dia mula mendalam.. aq syg sgt kat die.. aq berharap n mahu dia jadi teman hidup ku utk selame nye.. org ckp kalo suami isteri.. nnti kat syurga akan hidup bersama.. pada akhir sem aq hntar dia utk pulang.. mase cuti sem tu.. aq x pulang kerna repair subj yg teruk di sem pendek.. mase tu lh dia hilang dari hidup aq.. Aku x pernah rase perasaan sebegini rupe.. tpi aku kuat kn hati nih.. kehadiran dia selalu terbyg.. aku cube untuk kosong kn balik hati ni.. aku terus mencube..

Monday, September 27, 2010

Yang Sempurnakan Ku – Sixth Sense

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harumi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Chorus
Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ulang Chorus 2X

Tuesday, September 14, 2010



Ini lah gambar yang aku tgk wajah nye... mase tu gmbr nye kat yahoo massanger (YM).. gambar xde lh jelas sgt.. aq selalu chat dgn si dia di ym.. bercerita hal masing2.. mengenali serba sedikit mengenai diri nye,,, ku mencerita kn kisah ku.. Lepas hampir sebulan aku membrani kn diri untuk berjumpa dengan die... waktu tu di pagi hari dan hujan membahasi bumi dan menambah ke dingin pagi itu.. pagi itu aku ingin membawa dia ke kuar utk bersarapan.. akan tetapi hati ini masih tertanye-tanye dan segan.. aku hanya memilih untuk bersarapan di cafe kampus sahaja. Pertemuaan kedua alahan di bandar kuantan. Walaupun bandar itu kosong dgn keseronokan tetapi ini adalah kali pertama aku keluar bersama-sama dengan org yg x di kenali.. sesudah pulang kawan2 mule memerli perjalan hari itu.. aku hanye mampu tersenyum dan gembira nye hati ini dgn kehadiran nya dalam hidup aku... pertemuaan ketiga keluar mkn ke gambang.. dia akan pulang ke kampung halaman pada malam nnti... tpi dia x berselera untuk makan kerana keadaan kedai yg tidak d senangi... mungkin dia akan lapar ketika pulang malam nnti.. malam itu aku menghantar dia utk bertolak pulang di hentian bas... aku ingin lebih banyak mase bersamanya.. aku pasti akan merindui nye selepas itu..

Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadan




More Ramadan Karim Comments

Monday, August 2, 2010

Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.

Wednesday, June 23, 2010

Detik demi Detik.....

Knp detik? aku perlu kn mase dh aq harap mase nih berlaju sepantas mungkin... mase dh usia bergerak serentak... biarkn dia bersama-sama... supaya dpt membawa bersama perasaan dan keperitan hidup ini... Tapi aq belum bersedia untuk dewasa. mampukan aq membiar kn tanggunjawab sebagai seorg dewasa berlegar2 dlm fikiran ku?

Thursday, May 20, 2010

BOTAK......


botak ape ade pada botak?? mawi world, castello, perogol bersiri, tok sami, bernazar?? bile org yg x pernah botak, tpi botak kn kepale.. mcm2 org ckp mcm list2 di atas... ni cite skit knp aq botak.. hah3.. aq pun x thu knp tibe botak... blk je dari jln2 yg amat bosan pade mlm hari.. smpai umah terus cari mesin rambut.. lps tu terus sodok je rambut nih...sodokan pertama mengubah semua nye... org lain g kedai, "amoy kasi botak" 5 minit dh siap... aku nye nk botak 3 jam... huh3... seksa2... ni semua pasal mesin yg dh kena pakinsen tahap dewa ke lapan.. mule2 aq sodok sendiri... lps x smpai tmpat yg nk sodok mintak mak tersyg lak yg sodok... tapi semua tidak seperti padang stedium stamford bridge. last skali ayah aq lak yg kasi jadi sempurna... itu lah yg paling seksa selame aq potong rambut... mcm nk tercabut kulit kepale... setat kol 10 dan selesai jam 12 malam... akhir nye aku BOTAK

Tuesday, April 20, 2010

12 Adegan Tak Logik Dalam Drama / Filem Tempatan

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Tiba-tiba bunyi duit syiling jatuh ke tempat ambil duit!...Kemudian dia mendail nombor yang hendak dihubungi.Pengarah fikir adegan tersebut di saksikan oleh penonton yang pekak!

2.Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia bergaya mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah selesai sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... "Hello". Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan
oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

3. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....mana ada keluarga cina menggunakan bahasa melayu untuk bertutur. Mereka gunakan bahasa inggeris.

6. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

7. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

8.Seperti juga dalam drama aksi TV3...yang drama kisah lelaki yg menjadi bionik...iaitu BIONIK....dengan komputer sceeen menunjukan wallpaper sedang melayang-layang, si pelakon menaip ntah apa-apa kununnya untuk memprogramkan sesuatu kedalam otak anaknya. Apa ke bodoh nak buat drama sebegitu!

9.Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

11. Apabila ada adegan pelakon lelaki dan wanita keluar jalan-jalan, sila perhatikan pakaian mereka..masa pergi pakai baju lain, balik pakai baju lain.

12. Bila ada watak pelakon menggunakan pistol, nampak sangat pistol yang dipegang, pistol mainan..pegang dengan 2-3 jari...

Banyak lagi ....

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Monday, April 19, 2010

Tulis title bleh tak??

bleh je kn blog aq.. suke ati aq lh... hah3.

Sunday, March 7, 2010

Rasailah

hardisk ni dh mule terase kosong blk.. dan munkin akan kembali kosong lagi.. tpi hardisk ni x mcm hardisk biase.. OS yg same mmg xleh nk instal untuk second time dalam disk nih... mungkin juga hardisk ni bakal menjadi external hardisk. hanya untuk simpan cite2 yg out of date. untuk peringatan. nest time bleh tgk blk. andai hardisk ni dh kosong. pastikn OS menjage diri dgn baik. jgn biarkn OS di masuki virus-virus yg berbahaya. jgn delete fail2 yg penting. nnti rosak lak. jgn instal byk sgt bnda2 yg x d gune kn. nnti berat nk running program. jadi jage diri elok2. lps ni dh x de org nk tanye dh cuci casing blom. recycle bin dh isi blom.. so take care.

Saturday, February 20, 2010

New PC... makin teruk aq nnti...

AKhir nye pc d beli jua.. tpi x ikut spec yg nk la... baget lari sbb brg xde..
ini la jadi nye.. bli dgn tergesa2

AM3 Phenom-2 Quad-Corex4 955-masyuk...
MSI MS7599 AMD770/C-45-masyuk..
OCZ Platinum 1333 Dual-Kit DDR3 (2x2GB)... haram... ambik kingstone 2G je
21.5" Samsung - 2233SW Plus-masyuk besar gaban..
500GB 16M (CAVIAR Blue]- xde gak yg nih.. abmik yg lebih kurang.
Cooler Master 500 W - ade
LG 24x GH24NS50/Liteon 24x IHAS324-32 - baget lari..
Powercolor HD4670 - xde.. sbb benda ni la baget lari.. tukar ambik N240GT NVIDIA

Thursday, February 18, 2010

ENGINEERING GRAPHIC

PROPANOL.... untuk group no 2.... preparation in large quantity, maksud nye utk industry la ye.. tpi aq cri kat tenet ai.. susah tol nk jumpe... dh naik menyampah. ke bnda ni mmg x d industry kn?? ehmm... serabut nye... tpi xpe ari ni nk g bli pc... mtk2 pc 2 jadi dgn jaya nye lh..

spec utk pc bakal d bli..
AM3 Phenom-2 Quad-Corex4 955
MSI MS7599 AMD770/C-45
OCZ Platinum 1333 Dual-Kit DDR3 (2x2GB)
21.5" Samsung - 2233SW Plus
500GB 16M (CAVIAR Blue]
Cooler Master 500 W
LG 24x GH24NS50/Liteon 24x IHAS324-32
Powercolor HD4670

ok x?

ok lh.. nk cont cri propanol lak... jom layan nugget ayamas..

Sunday, February 7, 2010

Long TIme no see...

Dh lame x jumpe dgn blog aku nih... dh mmg dasar pemalas... n bute seni.. ape lh sgt nk d conteng kn kat blog nih.. jam kat laptop aq 3.15 AM. jap lagi misti up skit jadi 3.16 AM. Ayat ni agak bodoh lh. kn2.. bkn nye org x pandai tgk jam.. Stress, sedih, takut, pening, sanggap rokok, lapar, serabut, sengal, dan sebagai nye.. huh2...

Dah. STOP.. Hidup ni mmg sukar. tpi perlu enjoy smpai mati.. silap2.. bukan enjoy tpi menhargai.. bagi2 bute nih aq nk mtk maaf sgt2 kat mak ayah aq.. dia org harap aq blaja. tpi duk main game ler. main2 ler. duk menaip kat blog la. dh la bakar supersenior.. malu kot. hish...

sssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

ada kah aku ni terlalu memakse?? x boleh ke ambik berat? mintak makan. takut nnti lapar. sakit ke, aku jgk yg riso. hish. rase nye aku dh buat yg terbaik dgn keadaan aq skunk nih.. mmg la org ckp, kelemahan diri mane nampak, tpi dii sendiri jgk nk maki org nnti. ADE AKU KESAH?. kalu aq x kesah lantak ler. aku ni garang ke? ehmmm... terdidik utk jadi garang kot. mintak maaf la ye kat membe2 kalo ade terkasar bahase ke.. terkutuk.. suke2 aje.. STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSS..............!!!!!

nk STOP dh.. dh byk dh aku merapu...