Tuesday, July 29, 2008

Rokok Oh Rokok.....XD

Nikmat Yang Membawa Celaka
Setiap sedutan pasti membawa padah.Menghisap dan ketagihan hanyalah nikmat yang memberi masaalah kepada anda .Berpandukan kepada fakta, ketagihan dadah dan rokok akan memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah ia akan memusnahkan nilai murni sifat kemanusian.

Rokok mengandungi tar, nicotine dan bahan kimia lain yang mendedahkan kita kepada penyakit paru-paru seperti barah dan tibi.Malah dengan kekerapan merokok, ia akan menjadi pendek umur. Setiap sedutan asap rokok akan memberi kesan yang buruk kepada otak,dan akan mengakibatkan pendarahan. Inilah menjadi punca ramai dikalangan perokok perokok amat terdedah kepada risiko yang amat merbahaya dan pendek umur.



Photobucket

Photobucket


Kesan Terhadap Keluarga Dan Persekitaran
Anda sayang anak anda ? Isteri anda? Keluarga anda? Sudah pasti anda tidak mahu menjerumuskan mereka kepada bahaya hasil daripada kegiatan merokok anda . Kerana setiap saat anda menghisap rokok, dengan tidak sengaja orang-orang di sekitar anda menabung zat-zat karsinogenik yang menunggu waktu untuk berkembang menjadi penyakit. Ini bermakna , mereka juga terdedah kepada kemudaratan. Terutama anak-anak kecil yang sensitive kepada asap rokok .

Asap rokok merendahkan fungsi dan keaktifan peparu kerana peparu mereka masih dalam peringkat tumbesar. Asap rokok yang dihidu mengandungi sebanyak 4000 bahan kimia, 200 daripadanya adalah beracun dan 43 lagi boleh menyebabkan kanser. Kesannya , anak-anak cenderung untuk mengalami pneumonia, penyakit peparu dan juga penyakit lelah (asthma ).

Cegah Sebelum Parah
Jadi mengapa anda perlu merokok ? Sedangkan anda sendiri akan mengakibatkan musibah kepada orang lain. Anda sudah bersedia untuk berbelanja beratus-ratus ribu untuk menyelamatkan satu nyawa hasil tabiat buruk merokok anda ? Pilihlah jalan yang lebih selamat demi masa depan dan kebahagian anda sekeluarga .

Anda masih belum terlambat untuk bertindak memberhentikan ketagihan anda dengan cara yang lebih mudah dan tidak memerlukan terapi yang menelan belanja tinggi .

Kami ingin membantu anda dengan memperkenalkan produk Super Detox. Ia boleh membantu anda kearah menyempurnakan niat murni anda untuk berhenti merokok . Ingat! Mencegah itu lebih baik dari mengubati . Oleh itu, dengan menggunakan produk Super Detox, anda akan menemui jalan mudah untuk melupakan asap rokok yang memusnahkan

Madu....

Photobucket



Sumber makanan dan minuman semulajadi merupakan imunisasi terbaik untuk sistem tubuh kita umpama rumah yang memberi perlindungan daripada hujan, panas, ribut dan sebagainya. Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi yang pesat, kegunaan dan kepentingan sumber-sumber semulajadi ini semakin dipinggirkan malah kurang menjadi pilihan generasi masa kini. Madu lebah merupakan salah satu sumber makanan semulajadi yang mempunyai rahsia dan khasiat yang belum puas diterokai. Kualiti madu lebah asli telah diakui kehebatannya terutama dalam bidang perubatan tradisional dan kini sedang giat dikomersilkan oleh pelbagai pihak. Apakah peranan masyarakat dan agensi berkaitan dalam membongkar rahsia khasiat dan potensi madu bagi melahirkan usahawan-usahawan terutama di kalangan generasi baru dan seterusnya mampu menjana ekonomi Malaysia.
Kajian saintis menunjukkan bahawa lebah telah wujud lebih 40 juta tahun yang lalu dan madu lebah merupakan antara produk hutan yang terbaik di dunia. Madu lebah telah terbukti mengandungi pelbagai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit. Malah kajian saintis kira-kira 2,700 tahun yang lalu telah mengiktiraf madu lebah mengandungi ciri-ciri bahan antibakteria sebagai unsur utama dalam pembuatan antiseptik. Di Malaysia sendiri terdapat beberapa jenis madu lebah yang boleh didapati di pasaran seperti madu Tualang, Pucuk Daun dan Gelang.
Madu Tualang yang mendapat namanya daripada pokok Tualang (sejenis pokok hutan yang tertinggi di Asia Tenggara) telah diiktiraf sebagai madu yang terbaik di dunia. Adalah dikenalpasti bahawa madu lebah yang diperolehi di kawasan ini dianggap terbaik kerana pengambilan nectar oleh lebah dari pelbagai jenis bunga himpunan lebih daripada 200 jenis bunga hutan. Dipercayai mengandungi pelbagai vitamin seperti B1, B2, B3, B5, B6, C, zat besi dan zink serta pelbagai unsur-unsur lain, madu lebah Tualang layak digelar Raja Segala Madu yang terdapat di hutan negara ini.
Sebagai sumber antibiotik semulajadi yang mampu menjana sistem imunisasi manusia yang lebih teratur, adalah amat wajar madu lebah Tualang menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai makanan tambahan dalam kehidupan seharian Mengikut kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), didapati madu Tualang mampu membantu mengurangkan jangkitan saluran pernafasan bagi jemaah haji menghadapi cuaca tidak menentu di Mekah di mana ianya boleh menghindari gejala batuk, sakit tekak, demam serta selsema. Melalui kajian yang sama, Dekan Penyelidikan Sains Klinikal, Profesor Dr. Nor Hayati Othman mendapati bahawa kandungan hormon di dalam madu Tualang juga mampu meningkatkan tahap kesuburan serta merangsang keghairahan seksual di kalangan lelaki. Amalan mengambil madu Tualang juga dapat menghindari kanser melalui unsur anti-oksida yang terdapat di dalamnya serta membantu mengurangkan berat badan kepada mereka yang mengalami masalah obesiti.
Madu Tualang melalui penghasilan produknya di pasaran mampu menjana ekonomi penduduk dan negara. Di Malaysia terdapat beberapa negeri yang mempunyai kawasan habitat lebah tualang yang berpotensi besar menggalakkan pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakan pengumpulan madu Tualang. Antara negeri pengeluar utama madu Tualang di Malaysia ialah Pahang yang banyak tertumpu di kawasan pendalaman iaitu Ulu Tembeling dan negeri Kedah melalui hutan-hutannya di Pedu, Baling, Kuala Nerang, Ulu Muda, Pulai dan Sik. Biarpun madu Tualang ini hanya boleh dikumpulkan antara bulan November hingga Mei pada setiap tahun, namun bagi pengusaha-pengusaha yang mengumpul madu Tualang untuk dipasarkan, pastinya mereka akan tersenyum lebar dengan pulangan yang diterima. Setiap pokok Tualang mengandungi 60 hingga 80 sarang dengan pelbagai jenis saiz ini ini mampu menghasilkan jumlah madu yang cukup banyak bagi sebatang pokok.
Aktiviti memungut madu lebah Tualang juga boleh membantu dalam meningkatkan perkembangan ekonomi melalui sektor pelancongan. Di Kedah contohnya, aktiviti ekspedisi perjalanan ke hutan di kawasan Tasik Pedu dan Tasik Ulu Muda, Sik dilakukan dengan kerjasama pemungut-pemungut madu lebah bagi tujuan melihat sendiri bagaimana madu tulen dikumpulkan. Ekspedisi ini merupakan aktiviti penting dalam mempromosikan madu lebah di mana iaya telah dimasukkan dalam direktori Agro Pelancongan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Penglibatan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dilihat telah membuka peluang pasaran yang lebih meluas di mana madu Tualang telah dipasarkan di bawah jenama Agromas Malaysia melalui ekspo-ekspo, karnival dan pesta makanan serta pelbagai program di dalam dan luar negeri. Statistik tahun 2007 menunjukkan FAMA berjaya memasarkan lebih 100 tan metrik madu Tualang di mana 20 tan metrik adalah dikumpulkan oleh lebih kurang 120 orang pengusaha-pengusaha persendirian. Ini membuktikan bahawa sumber asli dan produk-produk berasaskan hasil semulajadi hutan seperti madu Tualang mampu memacu ke arah perkembangan Industri Kecil dan Sederhana yang semakin rancak membangun selaras dengan Rancangan Malaysia ke-9.
Permintaan yang tinggi terhadap produk madu Tualang telah mencetuskan idea kepada FAMA untuk mewujudkan Rumah Madu di Padang Terap yang terletak kira-kira 38 kilometer daripada Alor Star. Menurut pegawai FAMA daerah tersebut, Encik Azmi Ishak, kewujudan Rumah Madu tersebut dapat menampung permintaan yang sentiasa meningkat tanpa menunggu musimnya. Proses pengumpulan dan penjagaan kualiti madu lebah Tualang sentiasa dipantau dengan teliti agar dapat dikekalkan ketulenannya. Produk ini juga telah mengalami proses penambahbaikan dari masa ke semasa. Madu lebah yang telah dibotolkan di bawah jenama Agromas terlebih dahulu akan melalui proses pembersihan dan penyejatan kandugan air di Pusat Memproses Madu Lebah FAMA Kuala Nerang sebelum dipasarkan.
Pemasaran produk madu lebah oleh FAMA meliputi tiga indikator yaang berbeza berdasarkan kepenggunaannya. Pertamanya produk tersebut dijadikan sebagai cenderahati kepada pelancong di dalam dan luar negeri. Di samping itu, FAMA juga memperkenalkan produk ini kepada kerajaan negeri, jabatan kerajaan, swasta dan individu-individu sebagai cenderahati dalam majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Keduanya ialah penggunaan madu lebih tualang sebagai produk makanan kesihatan dengan sendirinya tanpa campuran bahan-bahan lain. Ia juga digunakan sebagai unsur untuk menggantikan gula dalam makanan dan minuman. Ketiganya ialah penggunaan madu lebah dalam perawatan penyakit di mana satu MOU antara FAMA dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah ditandatangani pada 24/6/2007 di HUSM Kubang Krian, Kelantan. MOU tersebut menggariskan usaha FAMA membekalkan madu lebah kepada HUSM bagi tujuan kajian penggunaan produk hutan tersebut dalam perawatan penyakit.
Positifnya, ia sudah mula menggambarkan anjakan paradigma masyarakat kita yang telah menerima madu Tualang sebagai salah satu makanan tambahan penuh berkhasiat yang mampu menjana sistem imunisasi yang seimbang. Di satu sudut yang lain, penglibatan FAMA dilihat berpotensi membantu membuka peluang pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa dan seterusnya dapat melahirkan lebih ramai individu yang berminat menceburi bidang keusahawanan ini sebagai salah satu kerjaya yang menguntungkan.
Kesimpulannya, madu Tualang bukan sahaja mampu memberi alternatif kepada kita dalam penjagaan kesihatan, malah turut mampu ’menyihatkan’ poket pengusahanya. Di samping itu juga, kajian-kajian saintifik perlu diteruskan sebagaimana yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dengan peruntukan bernilai RM1 milion untuk tempoh 2007-2010 bagi membongkar keajaiban produk hutan ini dan dibangunkan dalam industri yang bersesuaian bagi kegunaan kita semua. Kepada pengguna, tidak rugi kita mengamalkan pemakanan tambahan berasaskan produk semulajadi hutan yang terbukti keberkesanannya seperti madu Tualang kerana kita sendiri bakal mendapat manfaatnya.

Tuesday, July 22, 2008

Nurkilan

Mencari Cahaya

Termenung aku
di dalam gelap
kegelapan hitam menerangi hidupku
sedekad laluaku xmengerti kehidupan insan
coretan hidupku hina
bagai ikan berenang tanpa mata
di mana cahaya
akan ku cari di celah kegelapan

bila cerah warna pelangi
hatiku riang tak terkira
di mana kan kucari
cahaya menerangi jiwa

ibu, ayah, adik di mana kamu
aku rindu
maafkan aku kesilapan lalu
kini semua telah tiada
di mana kan ku cari cahaya
menerangi hati yang luka