1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Tiba-tiba bunyi duit syiling jatuh ke tempat ambil duit!...Kemudian dia mendail nombor yang hendak dihubungi.Pengarah fikir adegan tersebut di saksikan oleh penonton yang pekak!
2.Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia bergaya mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah selesai sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... "Hello". Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan
oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
3. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....mana ada keluarga cina menggunakan bahasa melayu untuk bertutur. Mereka gunakan bahasa inggeris.
6. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
7. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
8.Seperti juga dalam drama aksi TV3...yang drama kisah lelaki yg menjadi bionik...iaitu BIONIK....dengan komputer sceeen menunjukan wallpaper sedang melayang-layang, si pelakon menaip ntah apa-apa kununnya untuk memprogramkan sesuatu kedalam otak anaknya. Apa ke bodoh nak buat drama sebegitu!
9.Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
11. Apabila ada adegan pelakon lelaki dan wanita keluar jalan-jalan, sila perhatikan pakaian mereka..masa pergi pakai baju lain, balik pakai baju lain.
12. Bila ada watak pelakon menggunakan pistol, nampak sangat pistol yang dipegang, pistol mainan..pegang dengan 2-3 jari...
Banyak lagi ....
skip to main |
skip to sidebar
Everything has BEAUTY, but not everyone sees it.
Tuesday, April 20, 2010
Fuck Facebook On The Face
Followers
Yahoo...!!
ShoutBox
About Me
- -@m!R-
- SeSungguhNya Aku Tidak Mudah Menga|ah , Berpantang Aja| Sebelum Maut , Seorang Yang Prihatin , Tidak Kisah Apa Orang Mau Kata...Lu Lu Gua Gua...Lu Makan Bahulu...Gua Pun Makan Kuih Bahulu....Lu Jaga Tepi Kain Lu...Gua Jaga Tepi Kain Lu sekali Leh Tak!! Aku Suke Menoreh Muke Orang Yg Suke Merogol Kanak-Kanak...Tidak Ketinggalan Juga...AKu Amat Gemarkan Memijak Kepala Orang Yg Suke Meragut Beg Dan Yg Suke Meragut Lalang...Cita-Cita AKu Hendak Menjadi Polis....Tapi Polis Sekarang Banyak Yg Jahat Gak....Jadi Saya Bertuka Bidang Menjadi Seorang Bidan...Jika Ada Sesiape Yg Ingat Melahirkan Anak...Bolehlah Call AKu Di Talian Bebas Tol...600-85-2002...Sukan Yg AKu Minati Adalah Renang.....AKu Pernah Memasuki Acara Lari Di Dalam Air Bersama Mak Cik Rosnah Yg Hampir Pupus Di Muka Bumi Ini.....Namun Acara Itu Sekarang Sudah Tiada Lagi....Terpaksalah AKu Mempelajari Acara Yg Agak Mencabar Juga Yg Itu Terjun Papan Injal 100 Meter Dari Jarak Muka Bumi Ini...Itulah Serba Sedikit Tentang Diri Aku....Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut....Boleh Lah Tanye Di Kuanter Pertanyaan...Sekian Terima Kasih....
1 comments:
ala biar la diorg nk wat mende2 x logik... pengarah nk tgk penonton peka ker x sebenarnye tu.. hahha
Post a Comment